Friday, July 21, 2006

Cerita dari Jepun

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya
Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet
sekali. Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan
kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat
dengannya.

Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya
yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.
Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana
cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah
hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah
perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak
isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda
menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya
baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh
isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan
kesunyian.
Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju
perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh
isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk
menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu
perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut
la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat! cerewet pulak tu..."

No comments: