Wednesday, August 30, 2006

Cikgu Berahim & Man Dol

PART I
Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol.

"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah".
"Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.


PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Cikgu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga? Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya,
Cikgu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.


PART III
Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??


PART IV
Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Cikgu Berahim mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan? Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol. Man : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Cikgu : Allahhuakbarr!!!


PART V
Cikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, Cikgu
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, Cikgu
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, Cikgu...
Cikgu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

Monday, August 28, 2006

Pukul Berapa Buka?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.

"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".

"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"

Akibat berebut



Bangang tak?

Friday, August 25, 2006

Raba

Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Nurul geram melihat suaminya Helmi yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Helmi. Sambil berjalan keluar dia berkata,

"Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!"

Helmi tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.

Helmi: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...

Nurul: Ya, saya percaya.

Helmi: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free.
Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?

Nurul: Sebab saya yang raba punggung wanita tu...

Cari benda tersembunyi :)


Thursday, August 24, 2006

Ubat sakit kepala

Seorang bos masuk ke opis dalam keadaan sakit kepala. Seorang staf memerhati keadaan bos nye, lalu bertanya,

"Kenapa bos? Nampak macam sakit jer.?"

"Yer la Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos.

"Dua hari lepas saya pun sakit kepala jugak bos, tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami melakukan seks. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu jugak la?", terang Semaun.

"Betul ker? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri ngko sekarang!!!

Iklan Levi's

Monday, August 21, 2006

Komen2 artis pada majlis perkahwinan Siti

For the fun of it, nothing serious...pandai2 jer diorang ni reka fitnah2 ni semua...ha ha ha..

Ni antara artist yang dijangka akan di interview kat red carpet nanti.

Ziana Zain - "Akak menangis kegembiaraan bila tengok TV semasa Siti
Nurhaliza buat press conference yang dia akan berkahwin. Akak begitu
gembira sebab bapak akak polis sama dengan bapak Siti Nurhaliza. Kami
sama sama anak polis. Sebab itu lah akak menangis. Hanya anak polis saja
yang faham apa perasaan di sanubari ini".

Datin Tiara Jacquelina - "Saya doakan Siti Nurhaliza berbahagia dengan
soulmate nya. Sebagai perampas suami orang, saya juga faham apa yang
sedang dirasai oleh Siti Nurhaliza. Harap Siti Nurhaliza banyak lah
bersabar. Biar lah orang ingin mengata apa saja, yang penting kita dah
jadi Datin".

Datin Norish Karman - "Tahniah Siti Nurhaliza. Kalau album baru saya tak
laku nanti boleh lah kita sama sama buat business yang handle workshop
"cara-cara merampas Datuk dari mak mak Datin".

Sharifah Amani - "I sound stupid when I speak in Malay, so I will make
my speech in English. Congratulations Kak Siti Nurhaliza and Datuk K".

Awie - "Selamat pengantin baru pada Siti Nurhaliza dan Datuk K. Tak nak
ucap pengantin baru kat saya juga ke?"

Erra Fazira - "Erra harap perkahwinan Siti Nurhaliza ni panjang lah
hendaknya. Jangan jadi macam Erra... buat majlis bukan main gah lagi...
tapi tgk tgk Yusry yang main tak segagah mana dan akhirnya kami
berpisah".

Zubir - "Ini lah wedding of the decade! Bukan setakat wedding of the
year tau!"

Kris Dayanti - "Perkahwinan ini menunjukkan pada semua di Malaysia mahu
pun di Indonesia bahawa bomoh yang saya kenalkan kepada Siti Nurhaliza
memang bagus bangat. Kepada siapa yang ingin berjumpa bomoh Indonesia
itu, saya bisa bawa jumpa dengannya".

Datuk Sharifah Aini - "I don't care! Tapi I datang jugak sebab kita
orang Islam bila dapat jemputan kena lah juga pegi. Tapi I tell you...
I'm just not interested. I don't care!"

Datuk Farid Ridzuan, TV3 - "Syukur setakat ni semua berjalan dengan
lancar. Pihak TV3 begitu berbesar hati kerana dapat membuat siaran secara
langsung upacara perkahwinan gilang gemilang ini. Bukan itu saja, pihak
TV3 juga dapat hak menyiarkan rancangan ekslusif Tiada Rahsia selama
beberapa minggu. Begitu juga penampilan istimewa pasangan mempelai di
dalam beberapa slot program TV3 seperti Nona, MHI dan sebagainya.
Insyallah, TV3 juga akan terus membuat liputan mengenai pasangan bahagia
ini termasuklah berbulan madu dan kami juga akan cuba mendapatkan hak
ekslusif penyiaran secara langsung dari wad bersalin semasa Siti
Nurhaliza bersalin kelak. Tapi itu bergantung kepada rezeki mereka lah.
Menurut pakar, pasangan ini subur dan mampu mendapat cahaya mata. Saya
begitu girang sekali TV3 diberi kepercayaan penuh oleh Datuk K dan
isterinya Datin Siti Nurhaliza. Ini lah berita yang dinanti nantikan
oleh seluruh rakyat Malaysia juga seluruh rantau Asia Tenggara.
Peristiwa ini juga adalah lebih penting dari perang di Lebanon, kerana
itu lah pihak TV3 berbesar hati untuk membuat liputan secara
besar-besaran. Terima kasih".

Mari nyanyi sama2 lagu nursery rhymes Siti

AIR PASANG DALAM...

Air pasang dalam,
Surut 7 tahun,
Siti bangun pagi,
Terus pakai gaun,

Naik keta kuda,
Pergi Rafflesia,
Siti kawin duda,
Canang satu Malaysia.

Naik kuda padi,
Ronda KLCC,
Jalan Binjai pun jem,
Ramai sakit hati.

Duda pergi 'urut',
Sebab takmoh 'pancit',
Siti nak menikah,
Tutup satu masjid.


LAGU 3 KUPANG...

Lagu 3 kupang,
Saku penuh padi,
Siti punya hubby,
Boleh dipanggil daddy,

Bila dah menikah,
Tentu 'burung' nyanyi saje,
Anak dan bini lama,
Jangan lupa kasi nafkah.

Chorus:
Habis semua rumah,
Tinggal condo saja,
Bini minta mutaaah,
Tapi jumlahnya rahsia,

Hey!

Dayang tepi kolam,
Mahu jemur tepung,
Jahatnya kau ni siti,
Tak sangka kau kaki Klentong, Klentong,Klentong, Klentong,Klentong.....

Thursday, August 17, 2006

Wednesday, August 16, 2006

Tuesday, August 15, 2006

Warkah buat Datuk K

RAYUAN DEMI PERI KEMANUSIAAN

Kepada Sdra Pengantin,

Tahniah di atas perkahwinan sdr yang bakal menjelang. Kami kawan-kawan
semuanya mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia, serta semoga jodoh
berpanjangan, dan insya Allah kami hadir di majlis saudara.

Bagaimanapun, setelah mengambil tahap kemeluatan rakyat Malaysia terhadap
laporan-laporan media berkaitan persiapan perkahwinan beberapa 'celebrity'
tempatan yang bakal berlangsung, sukacita kami mencadangkan kepada sdr dan
bakal isteri agar tidak terjebak dalam perkara-perkara yang tidak senonoh
seperti berikut:

(1) Sekiranya sdr bercadang mengadakan majlis perkahwinan di pusat-pusat
persidangan seperti Kuala Lumpur Convention Centre, diharap sdr dapat
memberi pertimbangan kepada pengguna-pengguna jalanraya di sekeliling
tempat majlis itu diadakan. Besar harapan kami sekiranya sdr tidak menyekat
atau mengubah laluan trafik, terutamanya ketika sdr mengadakan raptai penuh
majlis perkahwinan pada hari dan masa orang-orang tengah sibuk nak pergi
atau balik dari kerja.

(2) Kami tidak mempunyai halangan sekiranya sdr dan isteri mengimpikan
majlis perkahwinan ala "Cinderella". Mana-mana pasangan pengantin juga
berhak memilih tema-tema seperti "Beauty and The Beast", "Snow White & The
Seven Dwarfs", "Happy Happy Puffy Amy Yumi", "PowerPuff Girls", "Courage
The Cowardly Dog", malah ala "Basic Instinct" atau "XXX", err, maksud
saya,"X-Men", sekali pun. Kami hanya memohon jasa baik sdr agar tidak
menghuraikan impian sdr dengan panjang lebar dalam surat khabar, contohnya
tentang gaun pengantin tujuh lapis (tak panas ke?), kek tujuh tingkat
dengan bertangga, naik kereta kuda tujuh roda dan sebagainya. Sesungguhnya,
dalam zaman di mana kita perlu memulihara alam sekitar, amat tidak wajar sekali
banyak pokok terpaksa dikorbankan untuk diproses menjadi kertas
suratkhabar, tetapi dicetak dengan cerita-cerita fantasi seperti itu.

(3) Adalah juga dicadangkan agar sdr dan pihak keluarga belah pengantin
perempuan, utamanya ibu bapa mertua, membuat "message alignment" agar tidak
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah berkaitan perkara-perkara
seperti duit hantaran. Sesungguhnya kami tidak mempunyai apa-apa halangan
tentang jumlah duit hantaran, sama ada RM88,888.88 atau RM22, 222.22 atau
RM00,000.00, dan juga tidak hirau sama sekali sekiranya duit hantaran itu
dibayar dalam bentuk Ringgit Malaysia, rupiah Indonesia atau menggunakan
kad kredit. Yang penting, sdr dan isteri selamat diijabkabulkan dengan
memenuhi syariah.

(4) Sekiranya sdr dan isteri bertuah menerima tawaran mana-mana stesen
televisyen agar majlis sdr disiarkan secara langsung di tv kelak, besar
harapan kami sekiranya sdr memaklumkan stesen televisyen tersebut agar
tidak membatalkan rancangan-rancangan lain yang lebih penting dan bermakna
seperti EPL, CSI, dan Formula 1. Kami juga mengucapkan tahniah sekiranya
demi memenuhi permintaan segelintir peminat sdr, sdr perlu melangsungkan
majlis perkahwinan tambahan di Indonesia, Inner Mongolia, Swaziland , Bukina Faso
atau Solomon Islands, tetapi kami amat amat amat berterima kasih sekiranya
sdr memaklumkan kepada semua stesen televisyen di Malaysia agar tidak
menyiarkan majlis perkahwinan sdr sepanjang masa, termasuk semasa tayangan
Berita Perdana. Mujurlah Akademi Fantasia sudah selesai. Kalau tidak, harus
pusingan Final AF terpaksa ditangguh semata-mata nak menyiarkan majlis
perkahwinan sdr. Bukankah itu akan menjejaskan pendapatan syarikat-syarikat
telekomunikasi negara (Maxis, Celcom, Digi), seterusnya membawa kepada
kemerosotan ekonomi?

Jasa baik sdr dan bakal isteri dalam memberi pertimbangan yang adil dan
sewajarnya kepada rayuan rakyat marhaen seperti kami amat kami alu-alukan
dan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih.
Semoga pernikahan sdr dan bakal isteri direstui dan diberkahi Allah s.w.t.
Aaaamin.

Selamat menjadi Pengantin Baru (tanpa menyusahkan orang lain)!

Salam hormat,

Siti K.

Balik awal

Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak
seperti biasa.

Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam barupukul 10.00 pagi.."
Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat..lalu disuruh pulang..."
Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamuitu?"
Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"

Monday, August 14, 2006

Diet

Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet.
Doktor berkata kepadanya...
"Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong..."

Lelaki menjawab...
"Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?"

Kentut

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya,
"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi
ianya tidak pernah mengganggu saya...kentut saya tak pernah
berbau dan senyap. Jadi saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu...,
dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut
sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Sambil menarik nafas.. dan tersekat2. Doktor itu menjawab,
"Ok,sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.
"Tuan doktor," panggilnya sambil marah-marah,
"Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut
saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang, mari saya periksa telinga makcik."

Friday, August 11, 2006

Thursday, August 10, 2006

Misteri kedai tak untung

Ini adalah kejadian yang betul² berlaku kat Daerah Bentong.. Tokey kedai
tersebut sering berkata kepada ku... sejak pengambil alihan business dari
datoknya... dia sering tertanya² tentang business yang tidak pernah
mendatangkan keuntungan kepadanya... dah banyak bomoh dia berjumpa...siam,
indon termasuklah congo.. namun tiada jua keuntungan ke atas business
tersebut... tetapi aku dengan rasa kureng puas hati telah pergi ke kedai
datoknya itu.. dan hasilnya......ermm.. patutlah tak untung-untung...hmmmmm
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jangan Benci Kucing

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu
jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan
itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela
seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah
lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam
karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 kami lalu dihumbanlah si
Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah
dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa
si Tompok, 20 kami dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya
mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja,
alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi
jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan
ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,
segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!...

Wednesday, August 09, 2006

Beli Rolls Royce

Setelah menyimpan wang selama 20 tahun, Zariff ke bilik pameran Rolls Royce utk membeli keta idamannya...Tapi malang sungguh, selepas dikira balik wangnya tu, tak cukup lak $10 lagik..

"Tunggu Jap," kata Zariff kepada jurujual

Dia terus menuju ke tepi jalan raya utk cari sesaper yg dapat meminjamkan wang kat dia... Tiba2 dia terpandang seorang lelaki sedang duduk bersantai di kerusi sambil baca paper...

"Encik! Tolong pinjamkan saya $10. Saya nak beli keta Rolls Royce,"kata Zariff kat mamat tu.

Mamat tu tengok Zariff atas bawah..pastu atas balik... dia pun kata.....

"Nah! Amik $20 ni. Belikan saya satu!" kata mamat tu selamba.......

Nak nangis ke nak gelak???


ke nak marah!!!

Tuesday, August 08, 2006

Rilek minda....

Apa beza daun betik ngan tangan perempuan?
Daun betik boleh melembutkan daging yang
keras, tangan perempuan dapat mengeraskan
daging yang lembut.

Haiwan apakah yang pertama sampai ke bulan?
Burung punai (Neil Armstrong punya)

Apa beza tayar kereta dengan kondom?
Tayar kereta kalau bocor boleh menghilangkan nyawa,
kondom plak kalau bocor boleh menambahkan nyawa.

Apa yang mahal pada BMW?
Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu...

Rumah apakah yang gunakan banyak air?
Rumah terbakar

Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.
Orang sedang panjat tiang talipon.

Ubat apa yang tak ada kesan sampingan (side effect)?
Viagra dan Krim membesarkan payudara.
Kesan dia ke depan, bukan ke samping.

Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati orang bertepuk tangan. Apa dia?
Lilin kek harijadi.

Bibir bertemu bibir. Tangan asyik meraba lubang. Mata terpejam menikmatinya.
Orang sedang meniup seruling.

Apa itu SEX?

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya
kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. Terkedulah si ibu..
Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran
lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan,
mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan
anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.
Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex
dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi
dalam kandungan? dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan
daddynya dr zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu anak
gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan bertanya.
Si anak menjawab dlm tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan
jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat
depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........

Monday, August 07, 2006

Makan ayam

Ada satu citer nie, budak laki ngan budak pompuan nie
darjah 1 sekolah rendah. Diorang ni kawan baik sgt,
tiap-tiap hari mak bapak diorang bekalkan ayam goreng
utk makan waktu rehat. Diorg selalu makan sama2.
Budak pompuan tu tanya budak laki tu..."Awak pun suka makan
ayam goreng ke?"
Budak laki..."Suka, awak?"
Budak pompuan..."Saya memg suka sgt makan ayam goreng nie"

Sampailah masuk darjah 6 mereka berada di sekolah yang
sama. Tiba-tiba satu hari budak pompuan ni dah tak
bawak dah ayam goreng.

Budak laki tu pun tanya.
"Eh...Apasal awak dah tak bawak ayam goreng? Awak dah
tak suka makan ayam lagi ke?"
"Tak boleh makan ayam lagi la, sebab bawah saya dah
tumbuh bulu ayam"...
"Eh...ye ke? Cuba tengok?"
Budak pompuan tu pun selak skirt dan tarik suar dalam,
dia tunjukkan bulu yang dah tumbuh kat situ.
"A'a lah memg dah tumbuh, saya pun tak nak makan ayam
lagi la kalau camni"...
"Apasal lak? Awak pun dah tumbuh bulu ayam jugak ke?"
"A'a...awak nak tengok ke?"
"Nak"
Budak laki tu pun londehkan suar dia...
"Eh eh awak punya bukan bulu aje, tengkuk dan balung
ayam pun dah tumbuh jugak"
*&^%$...???

Plet keta sapo ni???



Friday, August 04, 2006

Kata-kata bidalan ;P

Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang tua-tua.

Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

Kalendar Kahwin

Thursday, August 03, 2006

Kencing masam - lawak orang Kelantan

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu...
Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk
mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda
juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa

" Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk
seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya
orang muda di sebelahnya,

"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."

Baju Cinta

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati
cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..

"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu
suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di
hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru
si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat
idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat
mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si
nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.
Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer....."

Wednesday, August 02, 2006

Melintas jalan

Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.

"Fasal apa adik menangis", tanya Radhi.
"Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong",pujuk Khalid pulak.

Sambil teresak-esak budak tu berkata "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pon yang lalu. Motor buruk ada laa..".

Mendengar penjelasan budak tadi, radhi dan khalid hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tue...

Pak Pandir ke Kebun

Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
"Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?"
Mak Andeh pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG".

Tuesday, August 01, 2006

Belajar Bahasa Inggeris

Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun
1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan
pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu
ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada
satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila
sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris
ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman
nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu
Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki
dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata
"Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa
Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: OK boy, did you get the words?

Budak: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word?

Budak: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool! Get out from this class

Budak: Ladies First

Makanan Yang Sihat

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
"Salim berada di dalam air melatih kambing berenang"