Tuesday, July 31, 2007

English Atau Bahasa Melayu?

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:


Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)


Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta
dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:


Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the
children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalau tak salah saya, anak
buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya,bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya
macam masuk angin)

Monday, July 30, 2007

Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam  batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api  kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke   pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali  dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan   sejauh 120
kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer
nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru  dengan laju
dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam
gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya   naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut
berlari di   belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu  lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu
sama  dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju   iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat  menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi   jalan lalu bertembung dengan
sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang  feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat  marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori.    Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar  menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak   puas hati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands  dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah  bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar   menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri  itu pecah. Pemandu lori sangat
takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf   dari emak saya. Dia menghulurkan
tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya  masih marah. Dia menyendengkan
helikopternya dan mengerat tangan  pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu  menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke  Genting Highlands. Bila dia balik
ke tempat kejadian, dia terus memukul   pemandu lori itu dengan beg tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu di  dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
itu tidak dapat menjawab sebab emak  saya cakap orang putih. Lalu pemandu
lori itu mati.
Tidak lama kemudian   kereta polis pun sampai. Dia membuat
lapuran ke ibu pejabatnya tentang  kemalangan ngeri itu. Semua anggota
polis di pejabat polis itu terperanjat   lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin  mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan  orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang   ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke  pasar untuk mengelak lebih ramai
lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya   menceritakan kejadian itu kepada
penjual daging. Penjual daging dan  peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut  dan mati. Saya dan emak saya
terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu   penat sebaik saja sampai di
rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang  paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Friday, July 27, 2007

still virgin!

A Breaking News from CNN


A 90 year old Japanese woman was found dead but was confirmed still VIRGIN!!!

Her name was...











"Takasimasuk"

Thursday, July 26, 2007

Ayat2 poyo yg artis Malaysia cakap

Calon pertama: CHEF WAN
"Tolonglah! ia sebuah kelab tarian dan sudah tentu niat saya pergi ke 
sana untuk menari. Bagi saya itu tidak salah kerana niat saya untuk
berhibur sambil bersenam. Bukankah menari satu daripada riadah
seperti aerobik?",

Calon kedua: MISHA OMAR
"Misha rasa gembira menyambut kemerdekaan negara kali ini kerana kali
ini, dapat berduet ngan abang jamal".

Calon ketiga: SYANIE
"Syanie...apakah niat anda apabila anda berjaya mengurangkan berat badan"...
Jawapan dari Syanie.."Niat saya yg pertama..ingin memakai bikini di tepi pantai.....".

Calon keempat: AHLI KUMPULAN X FACTOR (tak tau sapa)
"Saya gembira menyambut hari kemerdekaan kita bila negara kita
berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos, 1956," jawab salah
seorang ahli kump X-Factor apabila ditemubual dalam satu rancangan
khas mengenai kemerdekaan tahun lalu dalam siri "Bersama Norman" yang
disiarkan di TV1.
 
Calon kelima: FIZA
"Fiza pakai seksi sebab bersyukur dengan penberian tuhan"
 
Calon ke enam: anita sarawak
"Petua kecantikan saya baca selawat setiap kali basuh muka"
 
Calon ke tujuh: IFA RAZIAH
"Tak ade lah.. amik air sembayang je" - menjawap soalan kenapa muka nampak berseri-seri
 
Calon ke lapan: JESLINA
saya pakai baju seksi2 kerana malaysia ni panas...hehehehe!
 
Calon ke sembilan: ARTIS2 BARU
"saya masuk dunia seni bukan carik glamor"
 
Calon ke sepuluh: INA NAIM
"saya buat buku ni untuk menjelaskan segala fitnah yang melanda saya"
"cinta ptama bang...susah nak lupa".... dan "Jaga mak, jaga mak, jaga mak....."

Wednesday, July 25, 2007

Buka "CAWANGAN"

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu"is one,
"dua"is two,
"tiga"is three (isteri). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh.. tambah huruf  "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan ?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

Tuesday, July 24, 2007

oohhh isteriku..

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG.......

Monday, July 23, 2007

Belajar speaking

Pada suatu hari yang hening lagi indah, Azman mendapat berita gembira bahawa anak beliau akan pulang daripada belajar di luar negara..

Azman:Pekabo nak...dah lame bpisah ye..
Anak beliau: ya, pak
Azman:seronok bebeno ye kamu belajo kat sane ...musti pandai cakap omputih...
Anak beliau:Ya!Pak tanye je ape yang pak nak tanye
Azman:Pen dalam bahasa omputeh ape?
Anak beliau: DE PEN(The Pen)
Azman:Buku pulak?
Anak beliau: DE BUK(The BooK)
Azman:Ooo!! macam tu ye..(*sambil berkata dalam hati-Oo! senangnya cakap orang putih cume kena tambah "de" je ngan ambik 3 perkataan depan je...

Azman pon dengan bangga pergi ke warung tempat beliau selalu melepak..disana dia bersembang dengan sorang kawan die nih...

Azman:Assalamualaikum, Mat aku ade brite bes ni,aku skang da pandai cakap omputih...ko test le haku..
Mat:Ooo..Ya ka...kalau camtu cakap"KAMBING MAKAN RUMPUT" dalam bahasa omputeh..
Azman:Eleh..kacang je tu..ce ni hah..DE KAM DE MAK DE RUM!!!!!!!

Thursday, July 19, 2007

Mengapa orang Eropah lebih tinggi berbanding orang Asia?

x tau la betul ke tidak...u all baca la untuk info..
 

Mengapa orang Eropah lebih tinggi berbanding orang Asia?

Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Mengasihani

Assalamualaikum wbt sekalian Muslimin,

Siapa yang pernah hidup zaman perang dunia kedua sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu pastinya mereka masih ingat bagaimana orang Jepun ini macam ayam katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang yang pendek.

Bila kita berkunjung ke mana-mana pusat peranginan seperti Genting Highland tentunya kagum melihat orang Amerika dan Eropah besar dan tinggi badan mereka.

Apabila kita belajar dalam ilmu sains dinyatakan bahawa orang Amerika dan Eropah ini mempunyai gen yang khusus yang menjadikan badan mereka tinggi.

Pandangan dari ilmu sains ini diterima umum tanpa banyak soal kerana ada perkataan "MENURUT SAINS". Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah "Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang Amerika dan Eropah ini mempunyai baka atau gen tinggi ini benar atau hanya tipu daya manusia dengan menggunakan sains sebagai alatnya?? ".

Setengah orang pula mengatakan bahawa jikalau kita makan makanan yang berzat seperti susu, telur dan daging, kita boleh menjadi tinggi macam orang Amerika!!

Sebelum saya mengupas lanjut isu ini mari kita lihat senario ini:

1. Hamba abdi yang diambil dari afrika dulu kebanyakannya pendek namun mengapakah kini bangsa ini di Amerika majoritinya adalah tinggi dan setanding dengan orang Amerika lainya??

2. Sesiapa yang pernah pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya pernah melihat orang Arab Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi sebahagian mereka juga pendek macam orang Malaysia. Begitu juga dengan orang Afrika yang sebahagiannya tinggi dan sebahagiannya pendek??

3. Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa orang Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti orang Malaysia.

4. Ramai orang benggali di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.

5. Ramai orang Indonesia yang bekerja diMalaysia adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.

6. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek.

7. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya menghasilkan keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang filem Cina di Hollywood yang setanding dengan orang Amerika lainnya.

8. Kini ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hongkong lebih tinggi saiz badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala.

9. Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz pendek namun menghasilkan anak yang tinggi hingga 5' 11" atau lebih tinggi lagi.

Memadailah dengan 9 senario yang saya kemukakan di atas untuk membuka minda kita semua bagi topik perbincangan kali ini. Apakah hipotesis yang kita semua boleh ketengahkan untuk menjelaskan senario di atas??

Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipertemukan seorang guru yang akhirnya menjadi satu-satunya sahabat yang paling rapat sehingga saya begitu merasakan kehilangannya kira-kira lebih 3 tahun lalu apabila beliau dipanggil menghadap Ilahi pada usia 58. Beliaulah yang begitu banyak sekali membimbing saya dari budaya jahiliah kepada hidup sebagai mudah-mudahan insya-Allah seorang muslim yang beriman.

Ilmu tersebut ialah SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.

Saya memang begitu memahami tabiaat saya dahulu kala, iaitu bukan mudah untuk menerima pendapat sesiapa walaupun guru saya sendiri dan guru saya juga amat memahami hakikat ini. Inilah yang menyebabkan proses bimbingan arwah guru saya terhadap saya amat halus.

Sebaik menerima ilmu ini saya mula berfikir. Saya mula melihat diri saya ini. Saya dilahirkan oleh ibu bapa dari keturunan jawa tulen. 8 orang adik beradik dan kesemuanya pendek belaka paling tinggi pun sekadar 5' 4". Namun Allah jadikan saya dengan ketinggian lebih dari 5' 11". Kejadian Allah ada sunnatullahnya. Setelah mengakaji sejarah hidup saya sewaktu kecil hingga remaja dan saya bandingkan dengan adik beradik lain, maka saya akur dengan ilmu dari guru saya tersebut. Sewaktu saya berada di sekolah rendah darjah 1 hingga 6, saya adalah pendek di dalam kelas.

Saya sejak kecil amat gemar kuih yang diperbuat dari tepung gandum seperti kuih ketayap, kaswi, lapis, pau, roti canai dan cekodok. Banyak dari kuih ini saya yang membuatnya sendiri bermula dari usia 10 tahun. Ini adalah perbezaan yang nyata berbanding adik beradik lain yang gemar makan nasi tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Setelah memasuki tingkatan 4 saya berpindah ke sekolah asrama penuh dan memang roti adalah hidangan utama dan saya juga amat gemarkan roti ini yang saya makan dengan mentega buttercup. Pada peringkat inilah saya perhatikan saya mula menjadi orang yang tertinggi di dalam kelas. Kesimpulan dari sejarah hidup saya ini ialah; saya dilahirkan sebagai seorang yang pendek sehingga tingkatan 1 dan selepas ini saya mula bertambah ketinggian dengan pantas hingga tinggi saya menjadi lebih 5' 11' sekarang. Sebenarnya memang saya banyak sekali mengambil makanan dari produk gandum selain nasi.

Selepas mengkaji sejarah hidup saya, saya mula mengkaji sejarah pelajar saya yang tinggi lampai bila ada kesempatan. Ia tepat sekali. Kemudian saya mengkaji orang Benggali. Rupanya bangsa ini memang menjadikan capati sebagai makanan ruji mereka. Padanlah orang Benggali ini majoritinya tinggi kerana mereka banyak makan capati. Capati dibuat dari tepung ata dan sebenarnya tepung ata adalah tepung gandum tulen dan itulah sebabnya tepung ini berwarna keperangan iaitu warna sebenar gandum sebagaimana warna spageti dan makaroni. Tepung gandum yang biasa kita beli memang mengandungi gandum namun ia tidak tulen dan itulah sebab harganya murah dibandingkan dengan tepung ata.

Bila kita kaji orang Afghanistan pula, mereka makan makanan yang sangat asas tanpa makanan mewah seperti kebanyakan orang di Malaysia namun satu fakta pentinya ialah ia makan roti gandum tulen yang menjadi makanan rujinya. Dengan ini, ilmu yang disampaikan oleh arwah guru saya ini adalah benar.

Bila kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak tinggi macam orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka berhijrah, mereka melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama atau mirip makanan orang asli Amerika yang banyak makan produk gandum. Itulah sunnatullahnya yang menjadikan mereka tinggi macam orang Amerika.

Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di Hong Kong juga sudah berubah selera mereka dan gemarkan piza dan pelbagai roti. Apabila ia di makan dengan kerap, jadilah mereka generasi baru Jepun dan Cina yang tinggi.

Orang Cina di Tanah besar Cina serta orang Jepun secara tradisinya memang menjadikan beras dan produk beras seperti beehoon, kueutiaw dan sebagainya sebagai makanan utama mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan mereka pendek sebagaimana juga orang jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke Malaysia . Sekiranya kebiasaan ini dikekalkan, insya-Allah generasi mereka akan kekal pendek tetapi jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan produk gandum, insya-Allah generasi muda mereka akan menyaingi ketinggian orang Amerika.

Itulah juga penjelasan mengapa sebahagian orang Arab di Arab Saudi ada yang tinggi dan pendek. Mereka yang banyak makan produk beras akan pendek dan mereka yang banyak makan produk gandum akan insya-Allah tinggi.

Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 - 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 - 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang molek untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 - 17 bagi perempuan dan 17 - 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian.

Wednesday, July 18, 2007

Cerita Kak Midah & Penjual Ayam

Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Selayang. Peniaga ayam ini nama dia Sudin. Dia jual ayam yang dibeli dari beberapa tempat. Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam Sudin.
Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari-harilah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis-jenis ayam sebelum disembelih.

 
Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain.

Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor-sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis.

Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap, Sudin pendam je bengang dia. Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya. Tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis.

Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,


Kak Midah : Din! Ayam Bangi tak ada ke ?.


Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab
lori ayam Bangi terbalik dekat Tanjung Malim)

Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua ayam dari tempat lain.

Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal).


Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat Kak Midah tak kenai ke ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.


Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.


Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam. (Lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu)


Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya.

Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.


Kak Midah : Din! Tak balik raya ke tahun ni.


Sudin : Tak!!! (Bengang)


Kak Midah : Famili ada kat sini ke ?.


Sudin : Tak dak!!


Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa ?
.

Sudin : Raya sorang-sorang.


Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.


Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.


Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?


Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)


Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana ?.


Sudin : (Masih diam) (Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata.....). Kalau Kak Midah teror cuba Kak Midah belek punggong saya dan teka saya berasal dari mana ?
.

Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)

Tuesday, July 17, 2007

Bagaimana jenis kentut anda?

1. Kentot Kuat :
Org yang berwawasan, berani, tidak hipokrit, berkeyakinan tinggi

2. Kentot Perlahan :

Org yg pemalu, perahsia, kurang keyakinan, sensitif

3. Kentot Berair
:
Sungguh Malang Org Itu :P

Monday, July 16, 2007

Lawak hilangkan boring

1)    Ape beza kacang panjang dengan seluar panjang?
       Seluar panjang kalau dipotong org panggil seluar pendek...
       tapi kacang panjang kalau dipotong tetap org panggil kacang panjang....

2)    Banyak2 mi, mi ape tak boleh makan??
       misai

3)    Batang ape kalau org pegang2 jadi gatal??
       batang keladi

4)    Antara bulan dan bintang, sape anak sape bapak??
       Bulandan-anak, tang-bapak (Bulandan bin Tang)

5)    Ade sorang tu nak naik bas, tambang bas tu 60sen, tapi dia ada 50sen aje, macam mana dia nak naik bas tu jugak??
       Dia buat muka seposen, tambah dengan duit dia 50sen, dapatlah naik bas tu...

6)    Pak Ali ada ladang.. tapi dia nak tanam separuh koko dan separuh lagi getah..dlm 2-2 jenis pokok tu, yang mana tumbuh dulu???
       2-2 tak tumbuh sebab dia tanam separuh aje pokok tu..

7)    Burung ape yan boleh berdiri, boleh baring tapi tak boleh duduk??
       Penguin

8)    Dalam banyak2 katak, katak ape yg boleh bercakap??
       Katakanlahhhhhhh...

9)    Kenapa bila si penggali kubur nak gali kubur tak pakai spender??
       Takkan nak gali kubur pakai spender.. mestilah pakai cangkul!!!

10)   Tempat ape yang pesertanye semua pakai uniform sama...tempat tu pulak tak pernah berkurang orgnye.. tapi bertambah2..
       Tanah perkuburan....

11)   Matanya merah, badannye hijau, jalannya mengundur, taiknye pulak warna kelabu taik anjing... ape dia??
       Lingkaran nyamuk shieldtox

12)   Emak si Katun ada 5 anak, Tuah, Jebat, Lekir dan Lekiu, yang ke 5 sape??
       Katun lah... ngok!!

13)   Macam mana nak pegi haji kalau duit takde??
       Berhenti hisap rokok, kalau simpan duit rokok tu sehari dah RM5, kalau setahun adelah RM1800, tapi kalau 10 tahun dah ada RM18,000...bolehlah pegi haji... takpun duit tu buat renovate rumah ke...
jangan mare hah....

Friday, July 13, 2007

Lawak hari ini

I was looking for an empty space to park my car at Bangsar when suddenly
there's a knock on the glass.

"Encik ah..tanya sikit ah..itu Chimpeng mana ah..?"

"Apa?"

"Chimpeng, Chimpeng...saya sudah tanya itu guard ah.. dia cakap sini ada
satu Chimpeng..."

"Sorrylah Apek.  Saya tak tau woh...Apa tempat itu Chimpeng?"

"Aiyah...itu Chimpeng balu punya..Saya mau pigi angkat wang la..."

"Tarak tau la boss.  Itu kedai ka apa?Along ka?"

"Chimpeng bukan kedai ma..lu itu pun tak tau ah..?  itu Chimpeng macam itu Maypeng, Public Peng, RHetB Peng...itu balu punya Peng.."

Adoi...bengap punya apek..buat aku pening je..dia actually cari CIMB Bank ..

Thursday, July 12, 2007

kisah ayam & kambing

Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam
: Kambing, pekabo?

Kambing
: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam
: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing
: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?

Ayam
: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing
: Apa?

Ayam
: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak...

Wednesday, July 11, 2007

Bersiul

Seorang gadis kampung yang baru bernikah diajar supaya selalu membahagiakan suami.
Pada suatu pagi, ketika mereka sedang berbulan madu, gadis muda itu bangun dari tempat tidur setelah selesai membuat hubungan dengan suaminya, tiba² melepaskan bunyi kentut yang sangat kuat hingga bergegar katil.

Malu giler si isteri tu.

Dia melihat suaminya dan berkata,"Maaf bang, yang depan terlalu gembira sehingga yang belakang ikut bersiul"

Tuesday, July 10, 2007

RM2 vs RM50 - lawak yg sedih...

Duit RM2 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya:

"Oit! lama tak nampak ko, mana ko pergi?"

RM50 pun menjawab "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi naik AirAsia,
makan buffet, lepak KL CITY Square , Spa, facial, konsert CT, M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko
camner lak?"

RM2 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, tabung
amal, surau, masjid ... ".

Monday, July 09, 2007

Berus gigi si ayah

Pada satu hari, seorang ayah baru saja lepas mandi dan semasa tengah
mengelap badannya, muncul anak perempuan dia yg berumur 7 tahun
anaknya itu bertanya.."apa benda kat celah kangkang ayah tu?"

ayahnya pun terasa lah malu, dan terus mengatakan.."tak boleh
tahu..ini rahsia ayah tau"..
maka anaknya pun keluar dari bilik dan terus mendapatkan pengesahan
dari ibunya..

ibu, apa benda yg kat celah kangkang ayah tu?" tanya si anak pada ibu..

yang si ibu pun tersipu sipu dgn soalah anaknya itu lalu menjawab.."ishhkk..
tu benda rahsia ayah..jgn tanya.."

selang beberapa hari, si anak pun dgn gembira menerangkan kepada
ibunya.."ibu..saya dah tahu rahsia ayah tu...sebenarnya berus gigi, tau ibu.."
terang si anak..

si ibu pun tersenyum lah dgn penjelasan anaknya itu.."..ha..ye la pandai
anak ibu ni..kenapa pulak benda tu berus gigi.."

si anak pun menjawab.."tadi pagi, saya nampak kak umy (tukang gaji indon)
masukkan benda ayah tu dalam mulut dia..keluar masuk keluar masuk sampai
berbuih buih keluar dari mulut dia.."


Jangan Benci Kucing

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu
jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan
itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela
seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah
lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam
karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 kami lalu dihumbanlah si
Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah
dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa
si Tompok, 20 kami dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya
mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja,
alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi
jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan
ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,
segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!...

terima kasih Merapu Man
--
regards,
lucucah - http://lucucah.blogspot.com/